Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Sunday, January 4, 2015

Orang Muda Pun Sakit Sendi

Sakit sendi...pada kebiasaannya,sakit sendi nie kita pasti akan kaitkan dengan permasalahan kesihatan untuk warga emas. Namun tahukah anda bahawa sakit sendi ini bakal menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Sakit sendi ini atau lebih dikenali sebagai Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Artiritis yang paling lazim dalam masyarakat kita adalah ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis. Apakah beza antara kedua-duanya. InsyaAllah, saya cuba terangkan satu per satu dan moga dapat memberi manfaat pada anda yang sedang menghadapi masalah ini.

Osteoarthritis
Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  1. Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
  2. Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
  3. Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.

Arthritis Reumatoid
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  1. Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
  2. Kekakuan pada awal pagi.
  3. Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
  4. Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal.
  5. Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
  6. Kelemahan dan kepenatan.
  7. Demam bergred rendah.
  8. Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
  9. Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan

Jika dokltor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan 
  1. Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
  2. Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
  3. Selang selikan rehat.
  4. Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
  5. Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.

Gaya Hidup Sihat
  1. Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
  2. Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannya menggunakan tangan sahaja.
  3. Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
  4. Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal. 
  5. Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.
  6. Sertai kumpulan sokongan artritis.
  7. Fikir secara positif dan ceria selalu.

Supplemen Shaklee yang Dapat Membantu Anda


Secara mudah AHJT bertindak dengan 3 cara:
  • Ekstrak Boswellia, bertindak memberi sokongan kepada keselesaan sendi.
  • Ekstrak Jagung, menambahkan fungsi kusyen kepada sendi. Menyebabkan pergeselan antara sendi yang menyakitkan menjadi lega dan kurang sakit.
  • Vitamin C, Tembaga, Zinc dan Mangan, beri kesan tisu penyambung yang sihat. Ini akan mengurangkan risiko sendi rosak dan seterusnya, tulang juga dapat dipelihara.

Keberkesanan AHJT akan menjadi lebih ketara. Jika digabungkan dengan Omega Guard dan Ostematrix.

Bagaimana Omega Guard Membantu?
Dihasilkan dari ikan laut dalam yang berkualiti tinggi. Dengan proses begitu teliti, untuk penghasilan Omega 3 dan Omega 6 yang 'mantap'. 
Secara semulajadi, minyak ikan Shaklee ini bersifat anti radang atau anti imflamasi. Jadi, ini akan mengurangakan keradangan yang berlaku akibat sakit sendi arthritis. Ia juga bertindak memelihara sendi. Caranya? Asid lemak Omega 3 mencegah kemusnahan enzim yang bentuk tisu rawan untuk perlindungan sendi. Hasilnya sendi yang lebih sihat akan dinikmati oleh pesakit sendi.

Cara Ostematrix Membantu?
Dikenali sebagai calcium-magnesium. Sikap tak ambil kisah tentang pengambilan kalsium menyebabkan tulang rapuh. Dan seterusnya tulang akan mudah retak, patah juga rosak. Pengambilan kalsium dan cukup beri kesan yang baik pada tulang. Tulang yang sihat menyumbang kepada sendi yang sihat. 

Nota: Ingin mendapatkan konsultasi percuma...Anda boleh terus berhubung dengan saya. Anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan menggunakan link di bawah atau pembelian boleh dibuat melalui saya. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. 

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Equine Park

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...