Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Tuesday, January 6, 2015

Cara Mengetahui Waktu Subur

Mungkin ramai yang masih menanti-nanti kehadiran cahaya mata penyeri rumahtangga, pengikat kasih antara anda dan pasangan yang dikasihi. Tapi tahu tak, salah satu sebab yang menyebabkan rancangan untuk hamil tidak berjaya atau tidak mengikut perancangan adalah disebabkan ramai wanita tidak memahami kitar haid mereka, tidak tahu tanda-tanda sedang subur dan tidak mengetahui waktu subur mereka. Ya, sememangnya rezeki untuk dikurniakan anak ni ditentukan oleh Allah. Walaubagaimanapun, dengan memahami kitaran haid dan waktu subur ni, boleh meningkatkan lagi peluang untuk mengandung. Insya Allah, ia juga sebagai salah satu usaha untuk ikhtiar anda mendapatkan zuriat. 

Cara Mengetahui Waktu Subur
1. Pengiraan mengikut kitaran haid 
Sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap, secara saintifiknya anda boleh menganggarkan waktu subur dengan membuat pengiraan mudah. Katakan kitaran haid anda adalah selama 30 hari, anggaran waktu subur anda adalah dengan mengira 12 hingga 16 hari ke belakang. Ini bermakna anda mungkin subur pada hari ke 14 (30 tolak16) hingga hari ke 18 (30 tolak 12). Pada tempoh ini saintis mepercayai bahawa anda berada dalam tempoh yang hampir dengan ovulasi (pembebasan telur dari kilangnya). 

2. Rembesan mukus pangkal rahim melalui vagina 
Cara ini adalah antara cara yang mudah bagi mengetahui waktu subur anda. Secara umumnya, cecair pangkal rahim yang dihasilkan di sepanjang kitaran haid adalah berubah-ubah dari segi kuantiti dan teksturnya. Ketika menghampiri waktu subur, rembesan vagina akan bertukar dari warna krim kepada jernih seperti putih telur. Cairan ini boleh dijalurkan, basah dan dalam kuantiti yang agak banyak dari biasa. Rembesan mukus ini akan kembali kepada asal dan mengering selepas ovulasi.

3. Pemantauan suhu badan 
Anda juga boleh mencatatkan suhu badan anda setiap hari dan membuat plot pada carta (graf). Suhu badan yang dimaksudkan adalah suhu badan basal (awal) yang diambil sebaik sahaja anda bangun tidur (sebelum anda meninggalkan katil). Gunakan termometer khas untuk suhu badan basal atau termometer digital yang mempunyai beberapa titik perpuluhan. Sekiranya anda mendapati suhu badan naik secara tiba-tiba sebanyak lebih kurang 10 darjah farenheit, kemungkinan besar anda baru sahaja melalui proses ovulasi. 

4. Kedudukan pangkal rahim 
Cara ini memerlukan pemerhatian yang berterusan terhadap kedudukan pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri dilakukan setiap hari (pada waktu yang sama) dengan memasukkan jari yang bersih ke dalam vagina ketika mencangkung. Sebelum waktu subur, pangkal rahim lebih hampir ke bawah (mudah disentuh), akan terasa kering dan padat (seperti menyentuh hidung) dan laluannya agak tertutup. Sebaliknya ketika waktu subur,  pangkal rahim agak tinggi (sukar disentuh), agak lembut (seperti menyentuh bibir) dan lembap dengan laluan yang agak terbuka.

5. Pemeriksaan urin (OPK)
Kaedah paling mudah (tetapi tidak murah) untuk mengetahui waktu subur adalah dengan menggunakan alat ujian kesuburan atau lebih dikenali sebagai OPK yang boleh didapati di farmasi dengan mudah. Sampel air kencing digunakan untuk ujian ovulasi sendiri di rumah. 

Cara Meningkatkan Peluang Hamil Dengan Mengetahui Waktu Subur
Perkara asas yang perlu anda ketahui ialah, telur wanita (ovum) yang dilepaskan semasa ovulasi hanya hidup selama 12 hingga 24 jam sahaja. Sebaliknya  benih lelaki (sperma) boleh hidup sehingga 6 hari di dalam rahim wanita sekiranya keadaannya normal. Sebanyak kira-kira 100 juta sperma dilepaskan setiap kali ejakulasi berlaku tetapi dianggarkan hanya 200 darinya yang akan terus hidup hingga ke tiub fallopio wanita. 

Kekerapan berejakulasi pula akan menyebabkan bilangan sperma dalam setiap milimiter air mani berkurangan. Ini bermakna, kekerapan melakukan hubungan kelamin tidak menjamin peningkatan peluang untuk hamil. Tetapi mengetahui waktu yang tepat akan meningkatkan kebarangkalian pertemuan di antara telur wanita dan benih lelaki, seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil. Tanpa mengambil kira faktor lain yang mempengaruhi kesuburan, berikut adalah beberapa cara meningkatkan peluang hamil selepas anda mengetahui waktu subur anda.

Sebaik sahaja anda dapat 'trend' waktu subur setiap bulan, anda boleh menjangkakan bilakah waktu subur setiap bulan. Sesetengah pakar reproduktif mencadangkan supaya hubungan seks dilakukan bermula beberapa hari sebelum waktu subur sehingga tiba pendarahan haid seterusnya. Elakkan stress dan tekanan di dalam tempoh anda berusaha untuk hamil ini. Jaga kesihatan dan pemakanan selain amalan kerohanian yang dapat membantu meningkatkan peluang untuk hamil. Semoga segala usaha anda akan beroleh kejayaan. InsyaAllah.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :+(6)010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya,Dengkil & Equine Park

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...