Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Tuesday, December 10, 2013

Apakah Vitamin???

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Vitamin adalah bahan organik yang yang diperlukan oleh organisma hidup dalam kuantiti tertentu untuk membantu aktiviti tubuh badan, misalnya vitamin C adalah untuk kesegahan sel.

Ia bermula apabila saintis dan penyelidik makanan membuat kajian ke atas makanan yang diketahui boleh mengubati penyakit-penyakit tertentu. Terdapat elemen di dalam makanan tersebut yang menjadikan ia berkesan ke atas sesuatu penyakit. Perkataan vitamin bermula pada awal kurun ke-20, apabila seorang ahli biokimia, Casimir Funk memisahkan zat kristal daripada hasil pemprosesan beras dan mendapati zat itulah yang penting untuk kehidupan. Ia dipanggil 'amine' atau bahan organik, dan akhirnya dinamakan 'vitamine'. Akhirnya ejaan moden telah memberikannya nama 'vitamin' yang kita kenal hari ini. 

Kebanyakan vitamin dibuat oleh tumbuhan, sedikit dibuat oleh bakteria dan jarang-jarang dibuat oleh haiwan. Oleh itu, tidak hairanlah kita digalakkan banyak makan sayur dan buah. (Vitamin yang dihasilkan oleh bakteria dan haiwan adalah dari tindakbalas ke atas hasil tumbuhan yang diambil oleh haiwan tersebut).

Vitamin haruslah mempunyai kriteria seperti berikut:
  • Ia adalah nutrient yang diperlukan dalam kuantiti sedikit agar tubuh kita dapat menjalankan fungsinya dengan betul.
  • Ia hendaklah dari bahan kimia organik, iaitu mempunyai satu atom karbon dalam struktur molekulnya.
  • Terdapat simptom tertentu yang berlaku akibat kekurangan vitamin, dan boleh diatasi dengan pengambilan vitamin dalam jumlah yang disarankan.

Jenis-Jenis Vitamin 
Vitamin terbahagi kepada dua kategori: 
1. Vitamin larut lemak 
Vitamin larut lemak terdiri dari vitamin-vitamin A,D,E dan K. Ia adalah vitamin berminyak. Vitamin jenis ini disimpan di dalam lemak badan dan tersimpan lama di dalam badan.

Vitamin jenis ini tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan toksin. 

2. Vitamin larut air 
Terdiri dari vitamin-vitamin B dan vitamin C. Vitamin jenis ini tidak dapat disimpan di dalam badan. Oleh itu pengambilan vitamin jenis ini perlu dalam setiap hidangan.

Vitamin larut air yang diambil berlebihan akan dikeluarkan bersama-sama bahan kumuh yang lain.

Kredit : E-book Asas Vitamin Semulajadi

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 

COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...