Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Thursday, December 26, 2013

Jaundice @ Demam Kuning

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 

Jaundice adalah tanda-tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih bayi baru lahir. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir. Tahap jaundice adalah tinggi lebih kurang pada hari keempat dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran. Haruslah diingat bahawa jaundice bukanlah tanda anak anda sakit ataupun tidak normal atau anak anda mengalami penyakit.

Sewaktu bayi di dalam kandungan, bahan buangan akan dibuang melalui plasenta ibu. Ini bermakna disini, bayi dibantu oleh si ibu. Namun selepas dilahirkan badan bayi harus melakukannya sendiri. Salah satu bahan buangan itu adalah BILIRUBIN. Badan bayi kita memerlukan masa untuk belajar membuang bilirubin itu sendiri. Jika kandungan bilirubin dalam badan terlalu tinggi ini akan menyebabkan jaundice bayi juga tinggi. Hati akan menyingkirkan bilirubin daripada darah bayi (sel darah merah pecah lebih cepat sewaktu bayi berbanding orang dewasa). Namun hati bayi baru lahir masih belum matang dan mengambil masa untuk menyingkirkan bilirubin. Ini sebabnya 9 daripada 10 orang bayi yang dilahirkan akan mengalami kuning atau jaundice. Jika level bilirubin terlalu tinggi, kebiasaanya bayi akan ditahan dan diletakkan di bawah cahaya fototerapi.

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut diperhatikan pada bayi? Anda harus mendapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya:
  1. Jaundice terjadi dalam masa 24 jam selepas kelahiran
  2. Peningkatan kekuningan yang cepat
  3. Bayi anda mengalami G6PD defisiensi
  4. Anak anda yang terdahulu pernah mengalami jaundice yang teruk
  5. Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
  6. Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya terlalu pekat.
Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundice teruk?
Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga mengakibatkan:
  • Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
  • Kerosakan otak yang teruk
Oleh itu rawatan awal sangat diperlukan untuk mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.


Terdapat dua kaedah rawatan iaitu:
  1. Rawatan foto - dimana bayi diletakkan di bawah sinaran kompenan cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.
  2. Kaedah pertukaran darah - Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20mg/dL (340umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kasar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundice itu sendiri.
Apa yang Ibu perlu lakukan?
Seharusnya ibu-ibu yang mengalami situasi perlu tenang dan tidak mudah panik. Apa yang perlu ibu-ibu lakukan adalah dengan kerapkan penyusuan SUSU IBU. Kebiasaannya bayi jaundice suka tidur. Oleh itu, ibu -ibu disarankan untuk kejutkan bayi dan susukan bayi sekerap mungkin. seelok-eloknya setiap 30minit or sejam. Makin kerap bayi anda menyusu maka semakin kerap dia kencing dan membuang dan secara tidak langsung kuning dalam badan bayi juga akan dinyahkan melalui proses pembuangan itu. Diharapkan ibu-ibu tidak mudah berputus asa dan teruskan usaha penyusuan susu ibu. Salah satu cara untuk boost penghasilan susu ibu adalah dengan mengamalkan set penyusuan Shaklee.

Maklumat lanjut mengenai Set Penyusuan Shaklee : KLIK SINI

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...