Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Monday, December 16, 2013

HB Rendah Pada Ibu Hamil

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 



Alahai...indahnyer biler ingat saat2 pregnant dulu kan. Setiap ibu yang hamil pasti hendakkn yang terbaik untuk diri sendiri dan anak yang dikandung. Namun tidak semua ibu melalui tempoh kehamilan tanpa mengalami apa2 masalah. Masalah yang selalu dikaitkan dengan ibu hamil selain daripada darah tinggi dan kencing manis adalah bacaan HB darah yang rendah.

GEJALA HB RENDAH PADA IBU HAMIL
  • Pucat
  • Rasa letih lesu dan tidak bermaya
  • Sentiasa rasa pening
  • Rasa pitam bila bangun
  • Kebas kaki dan tangan
  • Degupan jantung cepat


Jadi para ibu hamil perlu ambil tahu jika anda mengalami simptom ini. Jangan anggap ianya hanya keletihan biasa akibat perubahan hormon. Berjumpa dan berbincanglah dengan Doktor anda.

Ini kerana masalah HB rendah atau anemia bakal merisikokan anda dan bayi anda sendiri.


RISIKO HB RENDAH KETIKA HAMIL 

  • Keguguran
  • Masa untuk melahirkan lebih lama
  • Perdarahan selepas melahirkan
  • Kelahiran pra-matang
  • Bayi lahir dengan berat rendah
  • Risiko kecacatan bayi
Justeru itu, ibu hamil yang mengalami masalah HB rendah atau anemia perlu mengambil langkah pengawalan dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai untuk masalah anemia. Dan Doktor biasanya akan mengesyorkan pengambilan suplemen pil zat besi tambahan bagi merawat anemia.

Cuba elakkan makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi tetapi perbanyakkanlah makanan yang membantu menaikkan jumlah darah merah dalam tubuh. Terdapat pelbagai jenis makanan sebagai cara untuk menaikkan bacaan HB yang rendah.

Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah

* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine
 
Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah

* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka


TIPS BERGUNA:

  • Ambil vitamin C bersama-sama makanan yang tinggi zat besi. 
Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih baik. Contohnya, cuba makan ayam panggang, brokoli kukus , dan beras perang. Brokoli kaya dengan Vitamin C dan zat besi anda akan perolehi dari ayam. Atau sarapan dengan roti yang diperkayakan dengan zat besi (iron fortified)  bersama jus oren. 

  • Elakkan makanan yang tinggi kalsium apabila memakan makanan yang kaya dengan zat besi.
Kalsium boleh mengurangkan penyerapan zat besi di dalam badan.Contohnya, jangan minum susu selepas makan contoh makanan diatas tadi.

  • Elakkan pengambilan kafein.
Bagi ibu hamil yang mahu mencuba produk Shaklee bagi mengatasi masalah HB rendah, saya sarankan pengambilan Vitalea Iron Formula bersama-sama dengan Vitamin C. Sama ada Sustained Release Vitamin C atau Chewable Vitamin C.

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...