Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat
apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh
beberapa faktor :
1. Pengambilan air
kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air
kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh
meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak
apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh
berlaku dengan lebih baik.
2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus
pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus,
ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang
suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu
kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda
mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat
secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak
terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.
3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah
kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin
kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap
vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda
mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau
malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan
petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.
4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafein boleh merosakkan
vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang
tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama
ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali
disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafein secara berterusan.
5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap
dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan
mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh
diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E
oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti
pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh
mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
Semasa pengambilan supplement/vitamin dengan tujuan untuk menjaga kesihatan kita jangan sesekali mengambil mudah tentang pantang larang yang perlu kita ikut supaya supplement/vitamin yang kita dapat berfungsi dengan baik dalam tubuh badan kita.
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
♥ Atira ♥
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
No comments:
Post a Comment