Vitamin semulajadi adalah vitamin yang dihasilkan melalui proses pengekstrakan, penyaringan dan pengeringan sesuatu bahan dari sumber semulajadi (buah-buahan, sayuran dan sebagainya) dan dijadikan dalam bentuk pil.
Berbeza dengan vitamin sintetik yang dicipta di dalam makmal, dari bahan-bahan bukan makanan yang menyamai unsur sesuatu vitamin, vitamin semulajadi mengambil semua elemen vitamin dalam sesuatu bahan dan menyingkirkan serat bagi memudahkan penyerapan. Proses pembuatan vitamin semulajadi lebih rumit dan memakan masa yang lama, terutama bagi jenis vitamin yang tidak menjalani proses pengeringan menggunakan karbon dioksida. Vitamin semulajadi lebih mudah diterima oleh tubuh manusia, kerana unsurnya yang menyamai makanan sebenar.
Keburukan Vitamin Sintetik Vitamin sintetik dibuat daripada bahan-bahan bukan makanan yang tentunya tidak sesuai dengan tubuh kita. Ia mempunyai unsur yang tidak lengkap menyebabkan penyerapan adakalanya tidak dapat berlaku dengan sempurna. Pelbagai kesan sampingan diketahui hasil pengambilan vitamin sintetik seperti kerosakan buah pinggang, tekanan tinggi dalam otak dan sebagainya.
Vitamin sintetik adalah seperti imej vitamin semulajadi dalam cermin. Serupa tapi tak sama. Perlu diingat bahawa vitamin sintetik bukan vitamin tetapi pecahan disintesis (bahagian) dari vitamin kompleks. Analogi di sini adalah seperti kita beli kereta, tapi penjual kereta memberi kita tayar dan mengatakan “Inilah kereta anda”.
Jauh kan bezanya?
Atau nak makan tapi yang diberi adalah kulit telur.
Vitamin sintetik hanya mengandungi satu komponen vitamin sahaja, yang mana vitamin sebenarnya memerlukan bahan lain bagi membantu penyerapan. Di dalam sebiji limau misalnya, selain vitamin C ia mengandungi bahan-bahan lain.
Oleh itu vitamin C yang dihasilkan dari buah limau lebih mudah diserap dan diterima tubuh dari vitamin C semata-mata yang dihasilkan di makmal hasil sintesis bahan-bahan lain yang menghasilkan asid askorbik.
Kredit : E-Book Asas Vitamin Semulajadi
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥
♥ Atira ♥
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi
No comments:
Post a Comment