Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Friday, January 3, 2014

Apa Itu Alfalfa?

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala Makanan’. Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu. Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah. Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain. 

Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim. Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah.

Istilah ‘klorofil’ berasal dari bahasa Greek yang bermakna ‘daun hijau’. Klorofil terkandung di dalam kloroplas iaitu organel seni berbentuk cakera berada di dalam sel-sel tumbuhan. Daun-daun dan batang-batang tumbuhan biasanya berwarna hijau kerana mengandungi klorofil. Klorofil merupakan salah satu agen rawatan semulajadi yang paling kuat dan diketahui oleh manusia. Kadang-kala ia digelar sebagai ‘darah hijau’ kerana komposisi molekulnya sama dengan sel darah merah manusia.


Kepentingan Vitamin dan mineral yang terdapat dalam Alfalfa
  • Vitamin A - Untuk penglihatan. Membina ketahan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan: menggalakan pertumbuhan sel, menggalakan kulit yang sihat.
  • Vitamin E - melindungi sel-sel daripada sinar uv, kesihatan jantung, kardiovaskular, kesihat otot, memperbaiki sistem imun badan, menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.
  • Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metbaolisme protein dan lemak, menggalakan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya bagi ibu hamil.
  • Vitamin K - penting bagi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati
  • Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan
  • Kalsium - membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, membantu pembekuan darah, mengawal rentak jantung, membantu pembinaan sel saraf dan fungsi saraf.
  • Zat besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin
  • Kalium - membantu fungsi otot, jantung, tindakbalas enzim dan untuk digest lemak.
  • Fosforus - meningkatkan peranan tisu saraf.
  • Sodium - mengawal keseimbangan cecair dalam badan
  • Magnesium - mengelakkan sembelit, membantu fungsi otak dan melindungi kulit.

Faedah-Faedah Alfalfa
  • Kaya dengan klorofil.
  • Kandungan klorofil yang sekurang-kurangnya 4 kali ganda tinggi tinggi daripada sayur-sayuran biasa.
  • Lebih kurang 1000g (1kg) daun-daun muda alfalfa hijau yang dipotong segar diperlukan untuk mengekstrak 2.5g klorofil bermutu tinggi.
  • Kandungan protein alfalfa ialah 18.9% berbanding dengan 16.5% dalam daging lembu. 13.1% dalam telur dan 3.3% dalam susu.
  • Kandungan kalsium alfalfa pula ialah 14kali ganda lebih daripa germa gandum dan 144 kali lebih daripada hati
  • Dikenali sebagai tumbuhan beralkali di dunia dan kealkaliannya membantu meneutralkan asid toksik dalam sistem badan kita.
Apa Keistimewaan Alfalfa Shaklee

  • Sumber terbaik daripada daun alfalfa (Tanpa akar dan batang).
  • Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia.
  • Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tiruan.
  • Membantu melengkapkan zat dan nutrisi dalam pemakanan.
  • Tidak memudaratkan bayi yang menyusu seperti panas dan cirit birit.
Maklumat lanjut tentang Alfalfa Complex : KLIK DISINI

♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...