Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Thursday, January 16, 2014

Apa Itu Power Pumping

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 


Ibu-ibu yang pernah menyusukan anak dan sedang menyusukan anak pasti mengetahui apa itu power pumping. Oklah, untuk ibu-ibu yang baru berjinak-jinak dengan dunia penyusuan susu ibu, suka untuk saya kongsikan Apa Itu Power Pumping.

Power pumping merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Ia melibatkan teknik dan 'setup' mengepam seperti biasa tetapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa Yang Perlukan Power Pumping
  1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu ibu.
  2. Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan lain-lain.
Kaedahnya
Untuk Single Pump / Hand Expression
Pam sebelah kanan 10minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10minit dan seterusnya, setiap 10minit berterusan selama sejam

Untuk Double Pump
Pam kedua-dua belah serentak selama 10minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam. Disarankan buat power pumping sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh kerana pengeluaran hormon lebih tinggi pada waktu ini.

Power Pump Dihujung Minggu
Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja.

Berapa Lama Masa Diambil Untuk Dapatkan Hasilnya
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu. Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau 'pam angin' semata-mata. Namun teruskan misi sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal. InsyaAllah akan dipermudahkan-Nya.

Tips Umum Mengepam
  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudian diteruskan dengan power pumping. Ketenangan hati dan minda membuahkan hasil yang lebih.
  • Jika anda mengambil milk booster, pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya.
  • Letakkan gambar/blanket/bayi anda disebelah untuk mudah dilihat. Ini membantu rangsangan.
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah manakala sebelah lagi mengepam.
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusu. Jadi mengepam selepas menyusukan membantu breast dikosongkan dan menghasilkan lebih susu.
  • Pam setiap 2-4jam sekali.
  • Be kind to yourself : Apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik.
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperolehi bagi setiap sesi/hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain.
Power pumping adalah salah satu kaedah bagi membantu ibu-ibu yang mempunyai impian dan harapan untuk menyusukan anak sehingga 2 tahu. Ibu-ibu juga boleh mengambil supplement2 yang dapat menguatkan tubuh ibu sekali gus dapat menghasilkan susu untuk anak kecil. Shaklee menawarkan Set Untuk Ibu Yang menyusukan anak. Untuk maklumat lanjut : KLIK SINI


♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...