Saya Atira merupakan Shaklee Independent Distributor di Nilai, Putrajaya & Cyberjaya. Penghantaran adalah ke Seluruh Malaysia. Kami Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Sihat Untuk Semua Dan Kehidupan Yang Lebih Baik Untuk Sesiapa.

Thursday, January 30, 2014

Pengalaman Yang Paling Berharga - Penyusuan Susu Ibu

**These Statement Have Not Been Evaluated by The Food and Drug Administration. These Product are Not Intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent Any Disease** 




 24 Mei 2011 - Lahirnyer seorang lagi anak mama tepat pukul 12.35tgh ari... mama n papa namakn adik Aryssa Nuramani = Keazaman cahaya ketenanganku. Sejak adik dalam kandungan mama lagi, mama dh letakkan impian mama untuk menyusukan adik hingga umur adik 2thn. Sepanjang tempoh kehamilan, mama banyakkan membaca ilmu-ilmu mengenai dunia penyusuan susu ibu. Bermula daripada proses mengendalikan susu ibu (EBM) hinggalah alatan-alatan yang perlu ibu miliki untuk memudahkan mama mencapai impian mama. Ia bukanlah stu proses yang mudah dan singkat untuk mama memahirkan diri mama dalam dunia yang baru ini memandangkn mama bekerja. 

Masa mama tgh study tentang dunia penyusuan susu ibu untuk wanita yang bekerja seperti mama, mama trasa sedih sesgt sebab mama tak tahu tentang semua ini sampai kakak x dapat mama lengkapkan dunia penyusuan susu ibu hingga 2 tahun. Disebabkn itu mama tanamkan keazaman untuk merealisasikan impian mama ini.


Cabaran mama bermula apabila adik kena jaundice dan terpaksa dimasukkan ke hospital. mama n papa tempatkan adik di salah sebuah hospital swasta dekat dengan rumah mak tok. bkn mama tak sayang adik sampai mama tinggalkan adik kat hospital tu. tetapi memandangkan mama pun masih belum sihat sepenuhnya mama takut andai mama bersama adik akan buatkan mama stress dan penghasilan susu ibu terganggu. Tapi adik x perlu risau sbb alhamdulillah mama dapat menampung keperluan susu ibu kepada adik. Sepanjang tempoh adik di hospital pg,tgh ari n ptg mesti mama g tengok n susukan adik. pada waktu mama xder ngan adik mama bekalkan EBM untuk adik.

Selepas 4ari adik di hospital,adik dibenarkan balik umah namun adik tetap perlu ke hospital untuk doktor monitor. Setelah seminggu adik di rumah n ulang alik hospital amik darah, doktor sahkan adik adalah 'prolonged jaundice'. Satu pengalaman baru untuk mama untuk kendalikan anak yang ader prolonged jaundice dan dalam masa yang sama mama x boleh amik aper2 jamu yang telah mama beli.klu tidak bacaan jaundice adik akan naik lagi. masa tu mama ader dua pilihan samada susukan adik dan stop jamu or truskan makan jamu n stopkan susu adik. Jadi pilhan mama adalah untuk truskan susu adik.itu yang terbaik untuk anak mama.(rasa rugi rasanya sbb x kenal Shaklee lagi masa nie).

Selepas umur adik sebulan doktor sahkan yang jaundice adik dah hilang sepenuhnya.Alhamdulillah...Mama truskan adik dgn Direct Feed (DF). Masa tu mama x terfikirpun untuk ajar adik minum EBM dari botol dan nak kumpul EBM untuk adik biler mama bekerja nnt.

Biler mama nk mula kumpulkan EBM untuk adik, masa tu setiap kali pump mama cuma dapat 2oz. aduh, mcm mana mama nak tapung keperluan adik 16oz sehari. hanya Allah jer yang tahu betapa risau n luluhnya hati mama biler memikirkan kemungkinan impian mama terkubur begitu sahaja. Mama tetap x putus asa dan dalam group kat FB mama baca n gali tentang masalah yang mama hadapi.nampaknya bukan mama sorang sahaja yang ader masalah cmtu dan yang paling penting ader jalan penyelesaiannya. jawapannya adalaha Power Pumping. Yess....mama buat power pumping dan hasilnya sangat memuaskan hinggalah biler tiba masa untuk mama bekerja, stok yang ader cukup untuk menampung keperluan adik.


Di tempat kerja mama tetap x lupakan tanggungjawab mama pada adik.mama buat jadual untuk pump susu bg memenuhi hak adik. Namun, anak mama nie makin hari makin membesar. so, jumlah yang adik perlukan juga makin meningkat. Klu dulu 16oz dh cukup untuk adik tp skang adik perlukan 26oz. mama jadi makin buntu sbb hasil pump kat opis cuma 20oz...stok EBM dalam fridge pun makin susut dan berkurang. Mama citer n sembang2 ngan papa tentang masalah yang mama hadapi. Papa tetap bagi mama semangat. Papa siapbercerita dgn mama tentang salah seorang kawan papa yang ader jual Set Menyusu Shaklee. Sblm nie mama pernah terbaca juga dalam group kat FB tu tapi x terlintas pun nk cuba. Sampai ler biler papa beri cadangan pada mama untuk cuba set ini dan Set Menyusu Shaklee yang pertama mama miliki adalah pemberian papa yang papa beli dari kawan dia. Master Lyna Noh. 

Alhamdulillah, selepas mama mencuba set ini masalah mama semakin hampir selesai apabila hasil pump mama di opis pun semakin menigkat dan dapat menampung keperluan adik. Bukan itu sahaja badan mama pun terasa semakin bertenaga dan tidak lagi letih2 biler balik kejer. Sesungguhnya apabila badan mama sihat, bertenaga dan tidak stress secara tidak langsung ia dapat menyediakan badan mama untuk menghasilkan susu dgn lebih banyak untuk anak mama.

Dalam group FB yang mama join tu ader antaranya yang mengatakan dengan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) dapat membuatkan anak mama lebih cepat kenyang. masa nie ler mama mula mengenali Mami Nursalwa Ishak. Secara x langsung bermula ler episode mama sebagai anak mami dalam perniagaan Shaklee ini. 

Sesungguhnya tiada yang mustahil untuk kita capai andai kita berusaha. Akhirnya mama dapat melengkapkan tempoh penyusuan susu ibu selama 2tahun bersama anak mama Aryssa Nuramani. Dengan keazaman mama, ilmu penyusuan susu ibu dan pengambilan Supplemen Shaklee membantu mama mencapai impian ini. Alhamdulillah...


Nota kaki: Walaupun saya Atira (SID:859157) berada di Selangor dan berjauhan dari mami saya Nursalwa Ishak yang berada di Johor Bahru namun hanya di alam maya kami berkenal dan mengikat ikatan persahabatan yang tidak terjangka.

Set Yang Mama Gunakan Sepanjang Tempoh Penyusuan Susu IBU
♥ Pesanan | Pertanyaan ♥ 
♥ Atira ♥ 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859157] ♥ 
♥ Contact No | WhatsApp :010-2310059 ♥ 
COD untuk area Nilai, Salak Tinggi,Putrajaya, Cyberjaya, Equine & Bangi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...